awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja akan lancar kad e-Ketibaan untuk semua pengembara tahun depan

Bernama
Bernama
15/12/2023
08:22 MYT
Kemboja akan lancar kad e-Ketibaan untuk semua pengembara tahun depan
Kad itu akan memudahkan pelancong asing dan rakyat tempatan yang memasuki negara itu melalui lapangan terbang antarabangsa di Kemboja. - https://corp.cambodia-airports.aero/en/page-conten -
PHNOM PENH: Kemboja akan melancarkan skim percubaan Kad e-Ketibaan untuk semua pengembara bermula dari 1 Jan 2024, menurut Kementerian Dalam Negeri.
Kad e-Ketibaan akan menggantikan pelbagai borang yang diperlukan semasa ketibaan.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu pengumuman pada Rabu berkata kad itu akan memudahkan pelancong asing dan rakyat tempatan yang memasuki negara itu melalui lapangan terbang antarabangsa untuk melengkapkan formaliti imigresen dan prosedur kesihatan dalam satu borang, lapor Xinhua.
Sepanjang tempoh percubaan dari 1 Jan hingga 30 Jun 2024, penumpang mempunyai pilihan untuk mengisi borang secara elektronik atau mengisi borang maklumat imigresen, kastam dan kesihatan secara manual.
Semua penumpang dikehendaki mengisi borang elektronik apabila skim Kad e-Ketibaan dilancarkan secara rasmi mulai 1 Julai, 2024.
Kemboja merekodkan seramai 4.4 juta pelancong antarabangsa dalam tempoh 10 bulan pertama 2023, peningkatan ketara kira-kira 180 peratus daripada 1.57 juta dalam tempoh sama tahun lalu, menurut Kementerian Pelancongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#kad e-ketibaan
#pelancong
#lapangan terbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan