awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
Bayi perempuan masih hidup ditinggalkan di kawasan parkir surau Skudai
Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Bangladesh digesa tangani hampir setengah juta jawatan kosong

Bernama
Bernama
02/12/2024
16:14 MYT
Kementerian Bangladesh digesa tangani hampir setengah juta jawatan kosong
Kerajaan Bangladesh mengarahkan semua kementerian, jabatan, pejabat bawahannya, agensi dan pejabat lapangan untuk menyerahkan laporan kemajuan dalam tempoh 15 hari bekerja.
DHAKA: Kerajaan sementara Bangladesh pada Isnin mengarahkan semua pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera bagi menangani hampir setengah juta jawatan kosong dalam kerajaan, lapor Xinhua.
Kerajaan juga mengarahkan semua kementerian, jabatan, pejabat bawahannya, agensi dan pejabat lapangan untuk menyerahkan laporan kemajuan dalam tempoh 15 hari bekerja.
Kementerian Pentadbiran Awam negara itu dalam surat yang dikeluarkan pada Isnin menekankan pentingnya mengisi kira-kira 473,001 jawatan kosong yang diluluskan dalam kerajaan, yang mewakili hampir satu perempat daripada dua juta jawatan dalam sektor hasil.
Surat itu yang dihantar kepada setiausaha kementerian, ketua badan autonomi dan pegawai kanan lapangan, menyeru usaha yang diselaraskan untuk mengisi kekosongan dengan segera mengikut kuota yang dibenarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#jawatan kosong
#jawatan kerajaan
#pengisian jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan