awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek

Bernama
Bernama
06/02/2025
01:30 MYT
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut seorang pegawai kementerian pertahanan, 'kebimbangan teknikal' menjadi sebab sekatan dikenakan terhadap akses kepada DeepSeek pada komputer yang berkaitan dengan kerja ketenteraan. - Gambar hiasan/REUTERS
SEOUL: Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan pada Rabu menghalang akses kepada perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) China, DeepSeek, berikutan kebimbangan mengenai pengumpulan data pengguna, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
Seorang pegawai kementerian memberitahu Agensi Berita Yonhap, mesej menunjukkan akses terhad akan muncul apabila seseorang cuba melawat laman sesawang itu.
Seorang pegawai kementerian pertahanan menyebut "kebimbangan teknikal" sebagai sebab untuk menyekat akses pada komputer yang berkaitan dengan kerja ketenteraan.
Ketiga-tiga kementerian tersebut adalah antara jabatan kerajaan utama yang mengendalikan data sensitif berkaitan hal ehwal luar negara, perdagangan, dan keselamatan negara.
Langkah yang dilaksanakan berdasarkan penilaian mereka sendiri, dilihat sebahagian usaha kerajaan untuk menangani kebimbangan bahawa data penting kerajaan boleh terjejas apabila pegawai menggunakan perkhidmatan AI generatif.
Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan mengirimkan surat pada hari sebelumnya kepada agensi kerajaan, serta kerajaan metropolitan dan wilayah, yang menggesa agar berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan AI seperti DeepSeek dan ChatGPT.
Surat itu dikatakan menekankan kepentingan untuk tidak berkongsi butiran peribadi dan mengelak daripada mempercayai hasil yang diberikan oleh perkhidmatan itu tanpa pertimbangan teliti.
Di pihak perniagaan, Kakao melarang penggunaan DeepSeek untuk tujuan perniagaan pada Selasa, menjadi syarikat teknologi besar pertama yang berbuat demikian.
LG Uplus melaksanakan dasar serupa pada awal Rabu.
Syarikat teknologi besar lain, termasuk Samsung Electronics, SK Group dan LG Electronics, yang kesemuanya sedang membangunkan perkhidmatan AI generatif mereka sendiri turut melarang penggunaan program sedemikian pada komputer syarikat tanpa kebenaran terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DeepSeek
#Korea Selatan
#sekat akses
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan