awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2024
00:15 MYT
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kepulan asap dilihat di langat Gaza susulan serangan tentera rejim Zionis Israel. - Foto REUTERS
GAZA: Kepulan asap besar menyelubungi bumi Gaza, ketika tentera Israel mengarahkan pemindahan orang awam di selatan bandar Rafah.
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
Dengan kejam, Israel kini menyeru rakyat Palestin di lebih banyak kawasan di bandar Rafah untuk berpindah dan menuju ke kawasan yang dipanggil 'kawasan kemanusiaan' yang diperluaskan di Al-Mawasi.
Ia jelas sebuah petunjuk bahawa tentera Zionis kini ingin meneruskan rancangannya untuk melakukakn serangan daratnya di Rafah.
Tindakan kejam tentera Zionis itu telah mendapat kecaman dunia, ekoran jumlah kematian rakyat yang semakin meningkat selain tahap kemusnahan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad, sekurang-kurangnya 35,034 rakyat Palestin telah terbunuh manakala 78,755 lagi cedera dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.
Angka kematian dalam operasi ketenteraan Israel di Gaza yang melepasi angka 35,000 itu telah menyebabkan krisis kemanusiaan paling dahsyat yang pernah dihadapinya.
Topic Berkaitan
#Israel
#Rafah
#serangan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan