awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Singapura sahkan 41 kes jangkitan dalaman virus Zika

Agensi
Agensi
28/08/2016
14:37 MYT
Kerajaan Singapura sahkan 41 kes jangkitan dalaman virus Zika
Foto fail yang memaparkan nyamuk Aedes yang mampu menyebarkan wabak denggi, chikungunya dan Zika - AFP
Kerajaan Singapura mengesahkan berlaku 41 kes virus Zika dari jangkitan dalaman di negara itu.
Memetik laporan Channel News Asia, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) melaporkan, 34 daripada jumlah tersebut telah sembuh sepenuhnya.
Bagaimanapun, tujuh lagi pesakit sedang dirawat di Hospital Tan Tock Seng.
Saluran media tersebut melaporkan, kesemua pesakit merupakan sama ada residen atau pekerja di kawasan Aljunied Crescent atau Sims Drive.
Malah, mereka juga tidak diketahui telah mengembara ke kawasan jangkitan Zika dan oleh itu dijangka jangkitan berlaku dalam Singapura.
MOH dan NEA turut melaporkan, daripada jumlah kes tersebut, 35 pesakit merupakan pekerja asing yang bekerja di kawasan pembinaan Sims Drive.
Pengumuman kes itu dibuat selepas kedua-dua pihak tersebut melaporkan seorang wanita Malaysia yang berusia 47 tahun yang tinggal di Block 102 Aljunied Crescent merupakan kes pertama jangkitan dalaman di Singapura.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#MOH
#NEA
#Singapura
#Zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan