awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta kebal Abrams bakal tiba di Ukraine - AS

Bernama
Bernama
19/09/2023
15:13 MYT
Kereta kebal Abrams bakal tiba di Ukraine - AS
Ukraine akan menerima kereta kebal Abrams tidak lama lagi, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin pada Selasa. - Gambar fail/REUTERS
BERLIN: Ukraine akan menerima kereta kebal Abrams tidak lama lagi, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin pada Selasa.
"Bersama-sama kita bekalkan Ukraine apa yang diperlukan. Bersama-sama kami menyegerakan bantuan keselamatan yang diperlukan untuk serangan balas semasa," Agensi Anadolu memetik Austin sebagai berkata pada mesyuarat peringkat tinggi sekutu dan rakan NATO di pangkalan udara Ramstein di Jerman.
Beliau berkata setakat ini AS dan sekutunya telah menyalurkan lebih US$76 bilion bantuan keselamatan kepada pertahanan Ukraine, dan berjanji bahawa mereka akan meningkatkan sokongan ketenteraan mereka.
"Saya juga berbesar hati mengumumkan bahawa kereta kebal M1 Abrams, akan memasuki Ukraine tidak lama lagi," kata Austin.
Kira-kira 50 menteri pertahanan dan pegawai kanan menghadiri mesyuarat Kumpulan Hubungan Pertahanan Ukraine, termasuk Menteri Pertahanan Ukraine yang baharu, Rustem Umerov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta kebal Abrams
#Ukraine
#Amerika Syarikat
#NATO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan