awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes antikepercayaan: Google kalah, didenda AS$2.7 bilion oleh Kesatuan Eropah

Agensi
Agensi
10/09/2024
11:05 MYT
Kes antikepercayaan: Google kalah, didenda AS$2.7 bilion oleh Kesatuan Eropah
Pendakwaan asal pada 2017 menuduh Google secara tidak adil mengarahkan pengunjung kepada perkhidmatan Google Shopping miliknya sendiri, sehingga merugikan pesaing - Foto/ Reuters
Google kalah dalam rayuan terakhirnya terhadap Kesatuan Eropah (EU) yang mengenakan penalti sebanyak AS$2.7 bilion dolar melibatkan kes antikepercayaan yang telah berlanjutan sejak tujuh tahun lalu.
Syarikat Gergasi dari Amerika Syarikat (AS) itu berdepan tuduhan menyalahgunakan penguasaan mereka ke atas pasaran sebagai enjin carian paling popular di dunia untuk memberikan kelebihan kepada perkhidmatan sendiri.
Mahkamah Keadilan EU dalam kenyataan akhbar memaklumkan, melalui penghakiman hari ini, mahkamah menolak rayuan Google dan mengekalkan penghakiman yang dibuat Mahkamah Agung.
Keputusan asal pada 2017 menuduh Google secara tidak adil mengarahkan pengunjung kepada perkhidmatan Google Shopping miliknya sendiri, sehingga merugikan pesaing.
Memetik laporan AP, Google membuat perubahan untuk mematuhi keputusan EU yang memerlukannya untuk melayan pesaing secara sama rata.
Pada masa yang sama, syarikat itu merayu keputusan itu kepada mahkamah.
Tetapi Mahkamah Agung EU menolak cabarannya pada 2021 dan penasihat Mahkamah Keadilan kemudiannya turut mengesyorkan menolak rayuan berkenaan.
Google juga sedang merayu terhadap dua lagi denda melibatkan kes antikepercayaan EU berhubung sistem pengendalian mudah alih Android dan platform pengiklanan AdSense.
Keputusan dalam kes Android turut tidak memihak kepadanya, apabila Mahkamah Umum EU mengekalkan denda 4.125 bilion euro yang dikenakan oleh EU dalam keputusan pada 2022.
Rayuan awalnya terhadap denda 1.49 bilion euro melibatkan kes AdSense masih belum diputuskan.
Topic Berkaitan
#EU penalti terhadap Google
#Kes antitrust Google
#Google kalah kes antitrust
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan