awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes hukuman mati Saudi dua kali ganda di bawah Putera Mahkota Mohammed Salman - NGO

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2018
06:06 MYT
Kes hukuman mati Saudi dua kali ganda di bawah Putera Mahkota Mohammed Salman - NGO
Kadar hukuman mati naik dua kali ganda dalam masa lapan bulan pertama di bawah pemerintahan Mohammed Salman. - Gambar fail
SEJAK dilantik sebagai Putera Mahkota Arab Saudi pada Jun 2017, kadar hukuman mati naik dua kali ganda dalam masa lapan bulan pertama di bawah pentadbiran Putera Mohammed Salman.
Menurut badan hak asasi manusia Reprieve dari Britain, kerajaan Saudi menjatuhkan sebanyak 133 hukuman mati sejak Jun 2017 hingga Mac 2018, berbanding 67 dalam tempoh lapan bulan sebelumnya.
Kebanyakannya membabitkan warga asing yang didakwa sering dipaksa menyeludup dadah di dalam perut.
Hampir 150 kes hukuman mati pada 2018 melibatkan golongan pekerja asing, terutamanya dari Asia Selatan.
Pada 2018, terdapat kira-kira 13 hukuman mati dilaksanakan setiap bulan, dengan 27 kes pada Julai, termasuk tujuh kes yang dijatuhkan hukuman pada hari yang sama.
Bulan lepas, seorang pembantu rumah warga Indonesia, Tuti Tursilawati, dijatuhi hukuman mati kerana didakwa membunuh majikannya.
Tuti yang dilaporkan mengaku tidak bersalah di atas sebab mempertahankan diri daripada dirogol, majikannya didakwa sering menderanya.
Hukuman mati terhadap Tuti dijalankan tanpa pengetahuan kerajaan Indonesia mahupun ahli keluarganya sendiri.
Sebanyak 40 peratus kes hukuman mati di Saudi melibatkan kesalahan dadah dan 77 peratus daripadanya membabitkan pekerja asing yang miskin, yang dipaksa menyeludup dadah.
Selain itu, beberapa kes hukuman mati bawah pentadbiran Mohammed pula dikaitkan dengan kritikan terhadap kerajaannya.
Menurut Reprieve, sebanyak 54 orang kini menghadapi hukuman mati atas dakwaan mengkritik kerajaan Arab Saudi.
Bulan lepas, Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat menyimpulkan Mohammed "besar kemungkinan" telah mengarahkan kolumnis The Washington Post, warga Saudi Jamal Khashoggi, dibunuh pada Oktober.
BACA: Putera Mahkota Arab Saudi didakwa tidak terlibat kes pembunuhan Khashoggi
BACA: Polis Turki jumpa 'bukti' Jamal Khashoggi dibunuh
"Pembunuhan Jamal Khashoggi membuka mata dunia kepada keganasan pemerintah Arab Saudi. Sekarang, Saudi mesti bertanggungjawab kerana menjatuhkan hukuman bunuh ke atas tahanan politik dan golongan migran ekonomi yang lemah," kata Pengarah Reprieve Maya Foa.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Crown Prince
#Dadah
#hak asasi
#hukuman mati
#Indonesia
#kerajaan
#mati
#Mohammed bin Salman
#pekerja asing
#Putera Mahkota
#undang-undang
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan