awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes positif COVID-19 Indonesia kini 116,871

Bernama
Bernama
05/08/2020
10:08 MYT
Kes positif COVID-19 Indonesia kini 116,871
Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 23,829 kes. Gambar fail/ Bernama
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 116,871 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,815 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 94,593 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 64 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,452 orang.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 23,829 kes, diikuti Jakarta (23,380) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.
Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,799 orang, diikuti Jakarta (888), Jawa Tengah (680), Sulawesi Selatan (329) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#jawa
#kematian
#kes positif
#kesihatan
#pemerintah indonesia
#rawatan tapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan