awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak di Houston: Enam cedera, suspek ditembak mati - Polis

Agensi
Agensi
26/09/2016
15:38 MYT
Kes tembak di Houston: Enam cedera, suspek ditembak mati - Polis
Menurut seorang saksi, penembak melepaskan tembakan pada kira-kira jam 11.30 GMT ke arah kereta yang sedang bergerak dari kompleks apartmen. - Foto AFP
Enam individu mengalami kecederaan apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di Houston, Texas pada Isnin, sebelum lelaki tersebut ditembak mati oleh polis.
Jurucakap Bomba Houston Richard Mann berkata kebanyakan mereka cedera kerana ditembak, manakala yang lain cedera akibat terkena sepihan kaca.
Bagaimanapun, tiada laporan mengenai suspek lain, kata pihak polis Houston menerusi akaun Twitter.
Polis berkata, mereka telah pun memeriksa kenderaan penembak untuk mengesan bahan letupan.
Menurut media tempatan, kenderaan yang dipandu suspek merupakan kereta jenis convertible berwarna hitam.
Menurut seorang saksi pula, suspek telah melepaskan tembakan pada kira-kira jam 11.30 GMT ke arah kereta yang sedang bergerak dari kawasan bangunan pangsapuri.
“Tembakan seperti tidak berhenti-henti. Empat, lima, enam tembakan dilepaskan,” kata jurukamera saluran LRTK di Houston, Jaime Zamora.
Pihak berkuasa turut mengarahkan penduduk setempat untuk mendapatkan pelindungan di tempat yang selamat.
Topic Berkaitan
#Houston
#Kes Tembak
#lelaki bersenjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan