awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes terbaru gadis dirogol dan dibunuh, kemarahan terus merebak di jalanan India

Agensi
Agensi
04/10/2020
08:15 MYT
Kes terbaru gadis dirogol dan dibunuh, kemarahan terus merebak di jalanan India
Polis menahan empat lelaki dipercayai merogol seorang gadis kasta rendah di Uttar Pradesh. - Gambar REUTERS
NEW DEHLI :Kematian seorang remaja kasta Dalit yang dipercayai diperkosa empat lelaki kasta tinggi secara bergilir-gilir di utara India, Uttar Pradesh mencetus kemarahan penduduk tempatan sehingga mengakibatkan tunjuk perasaan besar-besaran di India.
Media tempatan ANI melaporkan, ekoran itu, beratus-ratus anggota polis dilaporkan menghalang jalan-jalan utama yang menghubungkan ibu kota India, New Delhi dan Hathras bagi meredakan keadaan.
Sementara di timur India, bandar Kolkata dan Bhubaneswarpula pula, pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita berarak bagi menuntut keadilan ke atas kekejaman yang berlaku gadis berusia 19 tahun itu.
Kecaman terus meningkat ke atas Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath apabila pasukan penguat kuasa mengeluarkan arahan menghalang para pengamal media dan pemimpin pembangkang bertemu dengan keluarga mendiang.
Di tengah-tengah kekecohan itu, tercetus pula rasa marah keluarga mangsa yang mendakwa mayat mangsa dibakar polis tanpa persetujuan mereka.
Namun demikian dakwaan itu dinafikan oleh penguat kuasa.
Menurut aduan yang dikemukakan oleh keluarga mangsa, mangsa diserang dengan kejam oleh empat lelaki di Uttar Pradesh pada 14 September lalu.
Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan lumpuh akibat kecederaan di bahagian leher serta tulang belakang.
Ketua Polis Daerah Hathras, Vikrant Vir, sebelum ini memberitahu AFP bahawa wanita itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital sebelum dibawa ke New Delhi, apabila keadaannya bertambah teruk.
Katanya, gadis itu meninggal dunia ketika menjalani rawatan.
Berita itu muncul beberapa bulan selepas empat lelaki dihukum digantung kerana memperkosa dan membunuh seorang pelajar dalam sebuah bas di New Delhi pada 2012.
Di India, terdapat 200 juta orang Dalit iaitu kasta rendah yang sudah lama menghadapi penindasan serta penderaan. Menurut aktivis, lebih banyak menjadi mangsa serangan sejak pandemik COVID-19 menular.
Topic Berkaitan
#rogol
#Narendra Modi
#kasta rendah
#COVID-19
#New Delhi
#India
#protes
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan