awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesan kemusnahan tsunami di Solomon

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2013
11:47 MYT
Kesan kemusnahan tsunami di Solomon
Enam mayat termasuk seorang kanak-kanak ditemui dalam timbunan sisa runtuhan akibat tsunami di beberapa perkampungan di Kepulauan Solomon pasca gempa bumi kuat 8.0 magnitud semalam.
Tsunami mencecah ketinggian 1.5 meter melanda daratan Pulau Santa Cruz di timur Solomon.
Ombak yang begitu pantas itu menyebabkan mangsa kebanyakannya orang tua dan kanak-kanak tidak sempat menyelamatkan diri.
Jurucakap Perdana Menteri Solomon, George Herming berkata setakat ini selain seorang kanak-kanak, lima yang maut merupakan warga tua.
Beberapa lagi penduduk turut dilaporkan hilang selepas gempa susulan 6.2 magnitud berlaku pada Khamis sekali gus menyebabkan penduduk dalam ketakutan.
Penduduk di kawasan berkenaan kini menetap di tempat perlindungan sementara di kawasan tinggi.
Lebih 50 orang terbunuh dan beribu-ribu yang lain hilang tempat tinggal pada April 2007 apabila gempa bumi sekuat 8.1 magnitud menggegarkan barat Kepulauan Solomon disusuli tsunami.
Solomon terdiri daripada 200 pulau dengan penduduk berjumlah 552,000 orang.
Ia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik yang mendedahkannya berlaku letupan gunung berapi dan gempa bumi.
Topic Berkaitan
#Kepulauan Solomon
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan