awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS

Bernama
Bernama
02/05/2024
08:20 MYT
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Aktivis dan pelajar mengadakan protes di Universiti George Washington. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan yang melawat tapak perkhemahan yang didirikan pelajar universiti berkenaan, lapor Agensi Anadolu.
Lawatan itu disertai ahli Parlimen James Comer, Byron Donalds, Lauren Boebert, Anna Paulina Luna dan Eric Burlison di tengah-tengah demonstrasi yang berterusan di institusi pengajian tinggi di seluruh AS sebagai solidariti dengan Palestin.
Penggubal undang-undang Republikan itu bertemu dengan pentadbiran fakulti bagi mendesak khemah yang telah didirikan oleh pelajar selama seminggu 'dimusnahkan'.
Bagaimanapun pelajar universiti memberikan reaksi yang tegas terhadap kehadiran ahli Parlimen berkenaan yang diberikan kawalan keselamatan yang ketat dengan menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan AS yang didakwa 'bersubahat' dalam konflik di Gaza.
Pengawal keselamatan yang mengiringi ahli Parlimen itu dilihat beberapa kali menyuraikan penunjuk perasaan.
Sementara itu sebahagian pelajar dirakam turut menyanyi semasa ahli Parlimen Republikan itu mengadakan sidang media selain menggunakan pembesar suara mendesak sokongan untuk Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar universiti
#Amerika Syarikat
#sokongan kepada palestin
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan