awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara
Dua calon SPM antara 37 ditahan AADK di ICQS Bukit Kayu Hitam
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua agensi pelarian PBB gesa Majlis Keselamatan bantu jutaan mangsa perang jadi pelarian

Bernama
Bernama
31/05/2024
09:35 MYT
Ketua agensi pelarian PBB gesa Majlis Keselamatan bantu jutaan mangsa perang jadi pelarian
Filippo Grandi memberi amaran terhadap satu lagi gerakan yang memaksa rakyat Palestin meninggalkan tempat tinggal mereka. - X UNRWA
NEW YORK: Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mencegah jutaan lagi orang mangsa perang, keganasan dan penganiayaan daripada menjadi pelarian.
Filippo Grandi menyatakan angka semasa kini mencecah 114 juta orang.
"Bulan depan, kami akan mengemas kini angka ini. Ia akan lebih tinggi," katanya seperti yang dipetik oleh Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Grandi mengingatkan kembali taklimat terakhirnya kepada para duta tujuh bulan lepas dan beliau berkongsi pandangannya mengenai beberapa krisis di seluruh dunia.
Beliau memberi amaran terhadap satu lagi gerakan memaksa rakyat Palestin meninggalkan tempat tinggal mereka dan mengatakan ini hanya akan mencipta satu lagi masalah yang sukar diselesaikan dan menjadikan penyelesaian konflik berdekad ini mustahil dicapai.
Sambil menyatakan bahawa puluhan ribu telah terbunuh di Gaza, Ukraine, Sudan, Republik Demokratik Congo (DRC), Myanmar dan di tempat lain, beliau menekankan bahawa "belum terlambat untuk meningkatkan bantuan kepada jutaan yang telah dipaksa berpindah supaya mereka boleh pulang secara sukarela, dengan selamat dan bermaruah."
Beliau menambah bahawa "belum terlambat untuk mencuba menyelamatkan berjuta-juta lagi orang daripada bencana perang."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Gaza
#PBB
#Israel
#Rafah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan