awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua NATO puji Trump atas kejayaan dalam rundingan damai Ukraine

Bernama
Bernama
11/03/2025
23:30 MYT
Ketua NATO puji Trump atas kejayaan dalam rundingan damai Ukraine
Rutte memuji Trump kerana membantu mencapai kejayaan dalam usaha diplomatik bagi menyelesaikan konflik yang berlarutan di Ukraine.
ISTANBUL: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Mark Rutte pada Selasa memuji Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kerana membantu mencapai kejayaan dalam usaha diplomatik bagi menyelesaikan konflik yang berlarutan di Ukraine, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Saya ingin menekankan bahawa, hasil usahanya, kini terdapat kejayaan dalam isu Ukraine, khususnya dalam memulakan perbincangan antara Rusia dan Ukraine," kata Rutte dalam sidang media bersama Menteri Luar Kosovo, Vjosa Osmani di Pristina.
Kenyataan itu dibuat ketika perbincangan yang semakin meningkat dalam perikatan mengenai pengaturan keselamatan pascakonflik di Ukraine, termasuk kemungkinan penempatan pasukan pengaman.
Walaupun Perancis dan UK lantang menyuarakan kemungkinan pasukan Eropah membantu memastikan gencatan senjata, Rutte mengulangi pendirian Trump bahawa keamanan mesti dicapai terlebih dahulu sebelum sebarang usaha pengaman dilakukan.
"Presiden Trump betul bahawa sebelum anda boleh mengekalkan keamanan, ia perlu diwujudkan terlebih dahulu," kata Rutte.
Walaupun jaminan keselamatan untuk Ukraine kekal menjadi keutamaan, rundingan perlu terlebih dahulu menghasilkan gencatan senjata atau penyelesaian rasmi," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NATO
#perjanjian damai
#Donald Trump
#Mark Rutte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan