awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB sampaikan ucapan selamat menyambut Aidiladha, seru kesatuan ummah

Bernama
Bernama
06/06/2025
02:40 MYT
Ketua PBB sampaikan ucapan selamat menyambut Aidiladha, seru kesatuan ummah
Antonio Guterres menyampaikan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam di seluruh dunia. - Foto fail/REUTERS
HAMILTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyampaikan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam di seluruh dunia, sambil menyeru kepada kesatuan dan belas kasihan yang lebih mendalam di tengah konflik dan perpecahan global.
Dalam mesej yang dimuat naik di platform X pada Khamis, Guterres berkata, "Di saat dunia dilanda konflik, perpecahan dan keganasan, marilah kita mengambil inspirasi daripada nilai-nilai solidariti, komuniti dan belas kasihan yang menjadi asas sambutan ini."
"Salam Aidiladha buat semua yang meraikannya. Eid Mubarak!," lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Guterres.
My warmest wishes to everyone celebrating #EidAlAdha. At a time of conflict, division and violence, lets draw inspiration from the values of solidarity, community & compassion that inspire this celebration. Eid Mubarak! pic.twitter.com/LCdNzMZfIu
— António Guterres (@antonioguterres) June 5, 2025
Umat Islam di Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan beberapa negara lain menyambut Aidiladha pada Jumaat.
Sambutan Aidiladha berbeza mengikut negara disebabkan oleh perbezaan berdasarkan rukyah (pemerhatian anak bulan) dan hisab (pengiraan astronomi).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Antonio Guterres
#kesatuan ummah
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami