awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pembangkang Rahul Gandhi hilang kerusi Parlimen selepas disabitkan dalam kes fitnah

Bernama
Bernama
24/03/2023
16:03 MYT
Ketua Pembangkang Rahul Gandhi hilang kerusi Parlimen selepas disabitkan dalam kes fitnah
Mahkamah di bandar Surat di negeri Gujarat mendapati Ahli Parlimen itu bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun. - Gambar REUTERS
NEW DELHI: Pemimpin pembangkang India, Rahul Gandhi, hilang kerusi parlimennya pada Jumaat selepas disabitkan bersalah atas pertuduhan fitnah membabitkan 'nama keluarga Modi'.
Pemimpin parti Kongres itu, yang mewakili Wayanad, selatan Kerala, telah hilang kelayakan sebagai ahli dewan rakyat.
Pada kempen pilihan raya di Karnataka 2019, pemimpin parti kongres itu didakwa berkata, dia tertanya-tanya bagaimana 'semua penyamun ada perkataan Modi dalam nama keluarga' mereka.
Dalam ucapannya, beliau merujuk kepada Perdana Menteri Narendra Modi, taikun berlian Nirav Modi dan bekas ketua Liga Perdana India (IPL) Lalit Modi.
Mahkamah di bandar Surat di negeri Gujarat mendapati Ahli Parlimen itu bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun.
Aduan terhadap pemimpin pembangkang itu dibuat oleh Purnesh Modi, bekas menteri Gujerat dan Ahli Parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP).
Parti pembangkang pada Jumaat sekali lagi mengadakan protes menuntut siasatan dilakukan berhubung perkara itu.
Polis menahan ahli parlimen pembangkang yang berarak membawa sepanduk bertulis "Demokrasi dalam bahaya", kerana mengingkari larangan perhimpunan di kawasan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fitnah
#Narendra Modi
#pembangkang
#politik india
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan