awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keuntungan Netflix meningkat, atasi jangkaan Wall Street

Bernama
Bernama
19/07/2024
07:33 MYT
Keuntungan Netflix meningkat, atasi jangkaan Wall Street
Pendapatan syarikat bagi suku itu meningkat 16.7 peratus kepada US$9.56 bilion daripada US$8.19 bilion tahun lalu.
WASHINGTON: Keuntungan konglomerat hiburan dalam talian Netflix meningkat pada suku kedua, mengatasi jangkaan Wall Street, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan syarikat itu pada Khamis.
Keuntungan bersih Netflix ialah US$2.15 bilion atau US$4.88 sesaham, berbanding US$1.49 bilion, atau US$3.29 sesaham, pada suku kedua tahun lepas.
Pendapatan syarikat bagi suku itu meningkat 16.7 peratus kepada US$9.56 bilion daripada US$8.19 bilion tahun lalu.
Pada suku kedua, peneraju pasaran penstriman video itu memperoleh 8 juta pelanggan, peningkatan 37 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Netflix kini mempunyai sekitar 277.7 juta pelanggan di seluruh dunia, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Netflix
#Wall Street
#keuntungan tahunan
#meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan