awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KFC India perkenal kombo "Watt A Box", yang boleh mengecas telefon bimbit anda!

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
26/06/2016
07:55 MYT
KFC India perkenal kombo "Watt A Box", yang boleh mengecas telefon bimbit anda!
Syarikat rangkaian makanan segera, KFC di India memperkenalkan kombo hidangan terbaharu -Watt a box-, yang juga mempunyai keupayaan untuk mengecas telefon bimbit pelanggan.
Syarikat rangkaian makanan segera, KFC di India memperkenalkan kombo hidangan terbaharu 'Watt A Box', yang juga mempunyai keupayaan untuk mengecas telefon bimbit pelanggan.
Menurut KFC india, kombo hidangan ini akan dilengkapi dengan 'power bank' dan kabel USB.
Ia boleh mengecas telefon bimbit Android serta iPhone.
Namun, ia hanya boleh didiapti di beberapa lokasi di Mumbai dan Delhi.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran KFC India, Lluis Ruiz Ribot, kombo hidangan 5in1 diperkenalkan pada Mac lalu dengan matlamat menyediakan hidangan yang lengkap pada harga yang berpatutan.
Tambahnya, syarikat itu telah menggunakan kemajuan teknologi yang sedia ada dengan melancarkan ‘Watt A Box’.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama rangkaian makanan segera itu menambah sentuhan teknologi pada menunya.
Ketika sambutan ulang tahun KFC di Kanada, ia memperkenalkan ‘bucket’ ayam goreng yang dilengkapi ‘Bluetooth’ bagi membolehkan pengguna mencetak foto daripada telefon mereka.
Topic Berkaitan
#cas telefon
#India
#KFC
#Watt a Box
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan