awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: IAEA sahkan kesan serangan berhampiran Loji Nuklear Bushehr
Asnida Daim didakwa pada Selasa - Peguam
Mendiang Tun Ling Liong Sik beri sumbangan besar, sahabat baik arwah abang - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Jong-un arah tentera Korea Utara siap siaga

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2023
03:00 MYT
Kim Jong-un arah tentera Korea Utara siap siaga
Arahan ini dibuat Jong-un ketika Mesyuarat Suruhanjaya Tentera Pusat. - Foto fail/REUTERS
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un desak kepimpinan tenteranya perkukuh pertahanan perang dengan lebih praktikal dan pada kedudukan sedia menyerang.
Menurut laporan agensi media rasmi Pyongyang, arahan ini dikeluarkan susulan tindakan ketenteraan agresif Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.
Arahan ini dibuat Jong-un ketika Mesyuarat Suruhanjaya Tentera Pusat.
Mesyuarat tergempar itu diadakan bagi membincangkan strategi ketenteraan terbaharu, ketika ketegangan dengan AS dan Korea Selatan.
Pyongyang sebelum ini berang dengan latihan ketenteraan bersama diadakan AS dan Korea Selatan.
Miggu lalu, Korea Utara menuduh AS dan Korea Selatan sengaja wujud situasi tegang dengan latihan ketenteraan bersama.
Kedua-dua negara itu melaksanakan latihan pada skala besar-besaran sejak awal Mac termasuk melibatkan tentera udara dan laut.
Korea Selatan dalam pada itu dilaporkan akan melaksanakan latihan ketenteraan terbesar dalam sejarah dengan AS Jun depan.
Kementerian Pertahanannya dalam kenyataan memaklumkan, latihan itu sebagai meraikan ulang tahun ke-70 pakatan dengan AS.
Topic Berkaitan
#Kim Jong-un
#tentera
#siap siaga
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan