awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Israel-Iran: Iran tahan 700 individu didakwa ada hubungan dengan Israel

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2025
03:50 MYT
Konflik Israel-Iran: Iran tahan 700 individu didakwa ada hubungan dengan Israel
Iran mendakwa tindakan keras ini perlu bagi mengekang rangkaian pengintipan yang didakwa cuba menggugat kestabilan negara dari dalam. - Foto fail/REUTERS
TEHRAN: Pihak berkuasa Iran telah menahan sekurang-kurangnya 700 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan Israel sepanjang konflik bersenjata selama 12 hari antara kedua-dua negara, menurut laporan agensi berita yang bersekutu dengan kerajaan Iran, Nournews.
Penahanan besar-besaran ini dilaporkan berlaku di beberapa wilayah utama termasuk Tehran, Isfahan dan Khuzestan, dengan pihak keselamatan mendakwa mereka yang ditahan terlibat dalam aktiviti pengintipan, sabotaj infrastruktur strategik, serta penyebaran maklumat sensitif kepada agensi perisikan Israel, Mossad.
Menurut Nournews, beberapa individu yang ditahan dipercayai telah menerima latihan di luar negara dan menggunakan aplikasi komunikasi yang disulitkan untuk berhubung dengan ejen asing.
Pihak berkuasa turut merampas peralatan elektronik, dokumen rahsia dan sejumlah besar mata wang asing dalam operasi tersebut.
Langkah ini diambil ketika ketegangan antara Iran dan Israel memuncak, susulan serangan balas yang dilancarkan kedua-dua pihak sejak pertengahan Jun.
Iran mendakwa tindakan keras ini perlu bagi mengekang rangkaian pengintipan yang didakwa cuba menggugat kestabilan negara dari dalam.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai identiti mereka yang ditahan atau sama ada mereka akan didakwa di mahkamah terbuka.
Namun, kumpulan hak asasi manusia antarabangsa menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan pencabulan hak tahanan dan proses perbicaraan yang tidak telus.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#aktiviti pengintipan
#dokumen rahsia
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami