awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres Peru lulus usul mulakan prosiding pecat presiden

Bernama
Bernama
02/12/2022
07:50 MYT
Kongres Peru lulus usul mulakan prosiding pecat presiden
Ahli parlimen pembangkang mengemukakan usul itu awal minggu ini dan ia percubaan ketiga untuk menggulingkan Castillo (gambar). - Sumber foto Sinar Harian
BUENOS AIRES: Sidang pleno Kongres Peru pada Khamis meluluskan usul dikemukakan ahli parlimen pembangkang untuk memulakan prosiding pemecatan terhadap Presiden Pedro Castillo.
Pengundian mengenai usul itu dijadual berlangsung 7 Dis.
Ahli parlimen pembangkang mengemukakan usul itu awal minggu ini dan ia percubaan ketiga untuk menggulingkan Castillo.
"Dengan 73 undi menyokong, sidang pleno Kongres telah meluluskan usul untuk "mengisytiharkan ketidaklayakan moral secara kekal" terhadap Presiden Pedro Castillo dan memecatnya," lapor Sputnik memetik kenyataan Kongres.
Undian usul itu akan berlangsung Rabu depan. Dua pertiga ahli parlimen atau 87 orang mesti menyokong usul untuk membolehkan Castillo disingkirkan.
Pada hari Khamis, misi peringkat tinggi Pertubuhan Negara-negara Amerika (OAS) mengesa cawangan eksekutif dan perundangan Peru untuk mengisytiharkan gencatan senjata serta memulakan dialog.
Susulan itu, Castillo menyeru semua pihak untuk terlibat dalam dialog.
"Berikutan semangat saya memimpin negara dan selaras dengan saranan OAS, saya menyeru semua pemimpin institusi, politik dan sosial untuk terlibat dalam dialog bagi menjamin tadbir urus negara.
"Peru memerlukan kita semua," kata Castillo menerusi Twitter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembangkang
#Peru
#Pedro Castillo
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan