awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban gempa bumi Sichuan di China kini melebihi 80 orang

Bernama
Bernama
08/09/2022
10:22 MYT
Korban gempa bumi Sichuan di China kini melebihi 80 orang
Pusat Rangkaian Gempa Bumi China merekodkan gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter pada Isnin. - CGTN via REUTERS
BEIJING: Angka korban akibat gempa bumi yang melanda wilayah Sichuan di barat daya China telah mencecah 82 orang manakala lebih 270 orang lagi cedera, lapor Sputnik, memetik China Central Television (CCTV) pada Khamis.
Pusat Rangkaian Gempa Bumi China merekodkan gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter pada Isnin.
Gempa bumi itu telah memusnahkan rangkaian elektrik dan merosakkan beberapa kediaman serta infrastruktur.
Pihak berkuasa tempatan telah memindahkan lebih 10,600 penduduk dari kawasan terjejas. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Wilayah Sichuan antara wilayah paling kerap dilanda gempa bumi di China.
Pada Mei 2008, gempa bumi berukuran 8.2 pada skala Richter melanda kawasan terbabit hingga menyebabkan 87,150 orang terkorban atau hilang, manakala 374,000 lagi cedera dan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal. Kerosakan infrastruktur dianggarkan melebihi 1 trilion yuan (US$144 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#korban nyawa
#Sichuan
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan