awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan akan tamatkan amaran krisis kesihatan tertinggi minggu hadapan

Bernama
Bernama
17/10/2025
21:15 MYT
Korea Selatan akan tamatkan amaran krisis kesihatan tertinggi minggu hadapan
Kerajaan Korea Selatan akan menamatkan amaran krisis kesihatan peringkat tertinggi negara, iaitu tahap "serius", yang dikeluarkan awal 2024 susulan peletakan jawatan beramai-ramai oleh doktor pelatih di negara itu. - Gambar hiasan/AP
SEOUL: Kerajaan Korea Selatan akan menamatkan amaran krisis kesihatan peringkat tertinggi negara, iaitu tahap "serius", yang dikeluarkan awal 2024 susulan peletakan jawatan beramai-ramai oleh doktor pelatih di negara itu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menteri Kesihatan dan Kebajikan Jeong Eun-kyeong berkata krisis yang bermula pada Februari 2023 itu kini sudah berakhir selepas operasi hospital kembali stabil.
"Kerajaan menyambung semula dialog dengan komuniti perubatan sejak pelancaran pentadbiran baharu dan bekerjasama untuk memulihkan perkhidmatan perubatan serta keupayaan rawatan kecemasan ke tahap hampir seperti sebelum krisis," katanya pada mesyuarat pegawai kerajaan di Seoul.
Ketika kemuncak krisis, ribuan doktor pelatih meninggalkan tugas sebagai protes terhadap rancangan pentadbiran terdahulu untuk meningkatkan kuota kemasukan ke sekolah perubatan sebanyak 2,000, menjadikannya hampir 5,000 pelajar bermula tahun ini.
Rancangan itu kini dibatalkan dan kerajaan semasa menetapkan kuota sebanyak 3,000 doktor pelatih untuk pengambilan 2026.
Dengan amaran krisis kini ditamatkan, kerajaan akan menamatkan operasi sistem perubatan kecemasan, yang mana kira-kira 200 bilion won (US$143 juta) sebulan daripada dana insurans kesihatan negara digunakan untuk sementara menaikkan yuran perubatan dan mengekalkan perkhidmatan penting.
--BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#amaran krisis kesihatan tertinggi
#doktor pelatih
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan