awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau

Bernama
Bernama
02/01/2026
01:50 MYT
Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau
Sehingga Sabtu, wilayah Jeolla secara keseluruhan dijangka menerima salji setebal 2-7cm, manakala antara 5 dan 10cm salji diramalkan di pulau selatan Jeju serta pulau timur Ulleung dan Dokdo, Korea Selatan. - Gambar hiasan/REUTERS
SEOUL: Amaran gelombang sejuk dikeluarkan di kebanyakan kawasan negara itu pada Jumaat susulan penurunan mendadak suhu selepas kemasukan udara sejuk dari arah barat laut, menurut agensi meteorologi, lapor Agensi Berita Yonhap.
Amaran itu meliputi kawasan lebih luas di sekitar Seoul, wilayah Gangwon di timur, wilayah Chungcheong Utara di tengah negara serta beberapa kawasan lain, dengan suhu pagi mencecah sekitar negatif (-) 10 darjah Celsius (C), menurut Pentadbiran Meteorologi Korea.
Setakat jam 5 pagi, suhu dicatatkan pada -10.6C di Seoul, -11C di bandar barat Incheon, -13.6C di bandar tengah Chuncheon dan -5.6C di bandar pelabuhan tenggara Busan.
Suhu tertinggi harian diramalkan mencecah antara -5 hingga +4C.
Kawasan pesisir barat, termasuk wilayah Chungcheong Selatan dan Jeolla Utara, dijangka menerima hujan atau salji.
Sehingga Sabtu, wilayah Jeolla secara keseluruhan dijangka menerima salji setebal antara 2 hingga 7 sentimeter (cm), manakala antara 5 hingga 10cm salji diramalkan di pulau selatan Jeju serta pulau timur Ulleung dan Dokdo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#gelombang sejuk
#udara sejuk
#salji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan