awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika

Bernama
Bernama
07/02/2026
08:00 MYT
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang babi di Pocheon, utara Seoul, yang menternak kira-kira 8,800 ekor babi. - Gambar hiasan
SEOUL: Korea Selatan pada Sabtu mengesahkan kes kelapan Demam Babi Afrika (ASF) tahun ini, sekali gus mendorong pihak berkuasa meningkatkan langkah pembendungan di seluruh negara, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang babi di Pocheon, utara Seoul, yang menternak kira-kira 8,800 ekor babi, menurut Ibu Pejabat Pusat Pengurusan Bencana dan Keselamatan.
Kerajaan sedang mengambil langkah perlu untuk mencegah penularan virus itu dan merancang melupuskan babi yang dijangkiti. Bagaimanapun, pusat berkenaan tidak merancang mengeluarkan perintah henti operasi untuk semua ladang babi dan kemudahan berkaitan di dalam serta sekitar ladang itu kerana kawasan berkenaan telah pun berada di bawah kawalan kuarantin intensif.
Korea Selatan mengesahkan kes ASF pertamanya tahun ini pada awal bulan ini di bandar timur Gangneung selepas tempoh dua bulan tanpa kes, diikuti dua kes tambahan minggu lalu di Anseong dan Pocheon, kedua-duanya di Wilayah Gyeonggi.
ASF tidak menjangkiti manusia dan setakat ini tiada vaksin atau penawar untuk penyakit itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Demam Babi Afrika
#Korea Selatan
#ternakan babi
#Seoul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan