awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan perakui 76 buku teks digital berasaskan AI

Bernama
Bernama
29/11/2024
09:26 MYT
Korea Selatan perakui 76 buku teks digital berasaskan AI
Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa buku teks digital akan membantu menyediakan pendidikan yang disesuaikan kepada pelajar dengan cara yang sepadan dengan kebolehan dan tahap mereka. - Gambar/ AFP Relax
SEOUL: Sebanyak 76 buku teks digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) telah diperakui untuk kegunaan bilik darjah buat kali pertama, meliputi pelajar sekolah rendah hingga menengah atas, kata Kementerian Pendidikan Korea Selatan pada Jumaat.
Menurut Agensi Berita Yonhap, buku teks yang disenaraikan dalam warta rasmi adalah untuk mata pelajaran termasuk matematik dan Bahasa Inggeris untuk murid darjah tiga dan empat sekolah rendah, pelajar tingkatan satu sekolah menengah rendah, serta tingkatan satu sekolah menengah atas.
Daripada 146 buku teks yang dikemukakan untuk pensijilan, 76 telah dipilih.
Buku teks yang diperakui itu akan dipamerkan di sekolah mulai Isnin depan dan setiap sekolah akan memilih buku teks itu untuk digunakan di bilik darjah bermula tahun persekolahan baharu pada Mac, bersama buku kursus sedia ada.
Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa buku teks digital akan membantu menyediakan pendidikan yang disesuaikan kepada pelajar dengan cara yang sepadan dengan kebolehan dan tahap mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buku teks
#AI
#kecerdasan buatan
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan