awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan sahkan kes selesema burung pada unggas liar

Bernama
Bernama
19/11/2025
21:20 MYT
Korea Selatan sahkan kes selesema burung pada unggas liar
Ia merupakan pengesanan pertama strain virus selesema burung pada burung liar di Seoul dalam tempoh hampir tiga tahun, selepas kes terakhir dilaporkan pada Januari 2023. - Ilustrasi REUTERS
SEOUL: Seekor angsa bean yang ditemukan di pusat bandar Seoul disahkan positif selesema burung berpatogen tinggi, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik pegawai bandar raya itu pada Rabu.
Kerajaan Metropolitan Seoul berkata burung liar itu, yang ditemukan dalam keadaan sakit baru-baru ini di Daerah Seodaemun sebelum mati, disahkan dijangkiti strain H5N1 selesema burung.
Ini merupakan pengesanan pertama strain virus itu pada burung liar di Seoul dalam tempoh hampir tiga tahun, selepas kes terakhir dilaporkan pada Januari 2023.
Menurut pegawai, burung itu diselamatkan pada Khamis selepas laporan daripada orang awam dan sedang menerima rawatan di pusat menyelamat hidupan liar apabila ia mengalami simptom neurologi dan mati.
Ujian seterusnya oleh Institut Kawalan dan Pencegahan Penyakit Hidupan Liar Kebangsaan mengesan antigen H5 pada bangkai burung terbabit pada Sabtu, dengan pengesahan akhir virus dibuat pada Selasa.
Sebagai respons, pihak berkuasa mempertingkat langkah pembasmian kuman dan meluaskan pemantauan habitat burung liar di dalam dan sekitar kawasan tempat angsa yang dijangkiti itu ditemukan, menurut pihak berkuasa bandar raya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selesema burung
#Korea Selatan
#burung liar
#unggas liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan