awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu

Bernama
Bernama
07/01/2025
03:40 MYT
Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Sebuah peluru berpandu dilepaskan ketika ujian peluru berpandu balistik hipersonik jarak sederhana di lokasi yang tidak didedahkan. Foto oleh KCNA bertarikh 7 Jan 2025. - REUTERS
SEOUL: Korea Utara pada Selasa mengesahkan ia berjaya menjalankan ujian peluru berpandu balistik jarak sederhana (IRBM) baharu yang dilengkapi kepala peledak hipersonik, mendakwa sistem senjata itu pasti akan membantu dalam menghalang musuhnya di rantau Pasifik.
Menurut Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA) yang dipetik agensi berita Yonhap, peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya semasa ujian yang diselia oleh pemimpin Kim Jong Un.
"Sistem peluru berpandu hipersonik ini akan dengan berkesan mengekang mana-mana pesaing di rantau Pasifik yang boleh menjejaskan keselamatan negara kita," menurut laporan KCNA.
Tentera Korea Selatan pada Isnin mengesan pelancaran IRBM dari kawasan Pyongyang dan peluru berpandu itu dilaporkan terbang kira-kira 1,100 kilometer sebelum jatuh ke Laut Timur.
Pelancaran peluru berpandu terbaharu Korea Utara, provokasi pertama dalam tempoh kira-kira dua bulan berlaku kira-kira dua minggu sebelum Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mengangkat sumpah jawatan pada 20 Jan.
Ujian itu juga berlaku di tengah-tengah pergolakan politik di Korea Selatan yang tercetus akibat kegagalan Presiden Yoon Suk Yeol melaksanakan undang-undang tentera bulan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#peluru berpandu hipersonik jarak sederhana
#Ujian Peluru Berpandu
#Kim Jong Un
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan