awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis kemanusiaan Gaza 'mungkin paling teruk' sejak konflik bermula - OCHA

Bernama
Bernama
15/04/2025
12:54 MYT
Krisis kemanusiaan Gaza 'mungkin paling teruk' sejak konflik bermula - OCHA
Israel telah menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan sejak 2 Mac dan telah menutup semua lintasan sempadan ke Gaza. - AP
NEW YORK: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Isnin menyatakan bahawa situasi kemanusiaan di Gaza adalah "berkemungkinan paling teruk" sejak permulaan pencerobohan Israel ke atas wilayah terkepung itu pada Oktober 2023, di tengah-tengah sekatan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan.
Menurut Agensi Berita Qatar, OCHA dalam kenyataannya memaklumkan "situasi kemanusiaan kini berkemungkinan paling teruk dalam tempoh 18 bulan sejak konflik bermula," sambil menekankan bahawa tiada penghantaran bantuan telah memasuki Gaza selama sebulan setengah - tempoh paling lama setakat ini.
Israel telah menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan sejak 2 Mac dan telah menutup semua lintasan sempadan ke Gaza. Operasi ketenteraan disambung semula pada 18 Mac berikutan gencatan senjata selama dua bulan.
OCHA juga menyatakan bahawa, disebabkan penutupan lintasan sempadan dan sekatan pergerakan dalaman menyebabkan kekurangan bekalan kritikal yang memaksa pihak berkuasa mengurangkan dan mencatu penghantaran bantuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis kemanusiaan
#Gaza
#Palestin
#konflik
#genosid
#OCHA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan