awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Twitter umum polisi baharu, henti sementara paparan iklan

Agensi
Agensi
26/02/2022
09:15 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Twitter umum polisi baharu, henti sementara paparan iklan
Langkah itu untuk memastikan maklumat kritikal tentang keselamatan orang awam lebih mudah diakses dan iklan tidak mengganggunya. - Gambar hiasan
TWITTER menggantung sementara paparan iklan di platformnya bagi pengguna di Ukraine dan Rusia dalam usaha meletakkan isu keselamatan orang ramai sebagai keutamaan ketika ini.
Ketika tentera Rusia mendekati Kiev dan ketegangan antara dua negara semakin meningkat, Twitter berpendapat bahawa siaran iklan hanya akan mengganggu pengguna daripada mendapatkan maklumat kritikal.
“Kami buat masa ini menghentikan iklan (bagi pengguna) di Ukraine dan Rusia untuk memastikan maklumat kritikal tentang keselamatan orang awam lebih mudah diakses dan iklan tidak mengganggunya,” kata kenyataan syarikat itu pada Jumaat.
Syarikat jaringan sosial itu juga memberitahu, pihaknya menghentikan sementara rekomendasi ciapan dari individu yang tidak diikuti oleh pengguna di garis masa 'Home', untuk mengurangkan penyebaran kandungan yang melampau.
Selain daripada itu, Twitter turut membuat pemantauan secara proaktif untuk menilai tweet yang menyalah guna platformnya, serta berusaha membanteras media dan kandungan yang bersifat manipulatif.
Itu termasuk pihak yang memberikan gambaran palsu atau maklumat tersasar berkaitan konflik di Ukraine.
Twitter menyatakan, pihaknya memantau aktif akaun berprofil tinggi termasuk golongan wartawan, aktivis, dan pegawai kerajaan serta agensi supaya dapat mengawal kemungkinan pengubahsuaian maklumat bersasar.
Perubahan polisi Twitter itu dibuat selepas operasi tentera Rusia sudah tiga hari dilancarkan di Ukraine. Operasi itu diluluskan Presiden Rusia Vladimir Putin dengan tujuan membebaskan Ukraine dari tentera dan juga pengaruh Nazisme.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#Twitter
#krisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan