awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan samseng bertopeng serang pengguna komuter Hong Kong, lebih 40 cedera

Agensi
Agensi
22/07/2019
07:11 MYT
Kumpulan samseng bertopeng serang pengguna komuter Hong Kong, lebih 40 cedera
Kumpulan berbaju putih dan bersenjata mengancam keselamatan orang ramai di stesen MTR Hong Kong pada Ahad. - Facebook: Lam Cheuk Ting
Sekurang-kurangnya 45 orang cedera dengan seorang dalam keadaan kritikal, selepas sekumpulan lelaki menyerang penunjuk perasaan anti-kerajaan dan juga pengguna komuter.
Media tempatan yang memetik pihak berkuasa Hong Kong melaporkan, insiden gempar itu berlaku di sebuah stesen kereta api transit massa (MTR) pada Ahad malam.
Kumpulan penyerang berbaju putih dan bertopeng muka itu berlagak seperti samseng, menyerbu masuk stesen MTR di daerah Yuen Long, lengkap bersenjatakan batang kayu.
Berdasarkan video tular yang sempat dirakam orang awam dan juga ahli politik pembangkang, Lam Cheuk Ting, penyerang itu mula memukul dan memaki hamun orang ramai di situ.
Saksi berkata, mereka pada awalnya menyasarkan penumpang yang memakai baju hitam, yang dikaitkan dengan peserta perarakan anti-pemerintah China, namun keadaan menjadi tidak terkawal kerana serangan itu melibatkan orang awam secara rambang.
Dalam satu video yang disiarkan secara langsung di Facebook, orang ramai dilihat menjerit meminta tolong ketika kumpulan penyerang itu membantai peserta demonstrasi dan juga wartawan yang bertugas di lokasi kejadian.
Darah juga kelihatan terpercik di lantai stesen MTR itu.
“Orang ramai mula berlari menyelamatkan diri. Mereka berlari ke setiap arah, hanya untuk mengelakkan diri daripada menjadi sasaran kumpulan penyerang samseng itu,” ujar seorang saksi.
Pasukan polis adalah yang menerima kritikan kerana dikatakan mengambil masa lebih daripada sejam untuk tiba di lokasi untuk mengawal keadaan.
Lebih menimbulkan kemarahan, sehingga awal pagi Isnin, tiada suspek yang ditahan walaupun dipercayai anggiota kumpulan penyerang itu tinggal di sekitar kawasan stesen MTR tersebut.
Beberapa anggota kumpulan penyerang itu juga dilihat saksi meninggalkan lokasi dengan menaiki kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran dari tanah besar China.
Cheuk Ting, seorang ahli politik pro-demokrasi, ialah salah seorang yang cedera dalam keganasan itu, dengan kesan lecet di muka dan lengannya.
Beliau turut mengkritik pihak polis yang lambat bertindak, selain mendakwa insiden itu didalangi kumpulan kongsi gelap.
"Perbuatan mereka yang ganas sudah melanggar garis panduan masyarakat beradab di Hong Kong.
"Adakah Hong Kong kini membenarkan kumpulan kongsi gelap bertindak sesuka hati, dengan memukul orang ramai di jalanan dengan senjata?" tegas Cheuk Ting.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#kongsi gelap
#Penunjuk perasaan
#protes
#samseng
#serangan bersenjata
#stesen mtr hongkong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan