awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
Polis UK tahan tujuh penunjuk perasaan berhampiran pangkalan RAF digunakan AS
Selat Melaka kekal titik sempit transit minyak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagu The Beatles buat seorang guru kembali bertutur

Agensi
Agensi
09/03/2019
08:48 MYT
Lagu The Beatles buat seorang guru kembali bertutur
Kakitangan hospital terkejut apabila wanita muda itu mampu menyanyi dengan lirik tepat selepas empat hari membisu.
Seorang guru sekolah rendah yang hilang keupayaan bertutur selepas diserang masalah saraf serius kembali bersuara selepas diajar menyanyi lagu popular kumpulan Beatles, lapor akhbar Daily Mail.
Amelia-Rose Hamilton, 27, mula diserang migrain hemiplegik sejak tiga minggu lalu sebelum tiba-tiba lupa nama sendiri, malah tidak mampu bercakap dan berada dalam kekeliruan sejak 2 Mac lalu.
Bagaimanapun, dengan bantuan bekas pensyarah muziknya, Profesor Grenville Hancox yang membawa gitar ketika melawat Hamilton di hospital, wanita muda itu kembali bersuara dengan menyanyikan lirik lagu berjudul Yesterday di Hospital Pembury di Kent, Britain.
“Seperti kabus tebal yang menyelubungi otak sudah hilang. Kesukaran bercakap dan kekeliruan itu mula hilang dan saya nampak satu laluan jelas. Saya mahu menyanyi dan otak saya lakukan selebihnya,” kata Hamilton selepas itu.
Doktor pada mulanya menyangkakan Hamilton mengalami strok tetapi kemudian disahkan mengalami migran hemiplegik.
Namun kakitangan hospital terkejut apabila wanita muda itu mampu menyanyi dengan lirik tepat selepas empat hari membisu.
Hamilton dikatakan pernah berdepan kesukaran bersuara sejak berumur 8 tahun disebabkan penderaan.
Tetapi ianya dapat diatasi sewaktu dia bertemu Hancox di universiti.
Pensyarah muzik itu kemudian berjaya memulihkan kemampuan Hamilton untuk bercakap pada ketika itu.
Topic Berkaitan
#Amelia-Rose Hamilton
#diserang migrain
#kumpulan Beatles
#mampu bercakap
#sekolah
#wanita
#wanita kembali bertutur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan