awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lain kali pandu kereta pandang atas juga' - Wanita dihempap papan tanda gergasi

Agensi
Agensi
11/01/2019
11:03 MYT
'Lain kali pandu kereta pandang atas juga' - Wanita dihempap papan tanda gergasi
Nyawa wanita malang itu hampir melayang gara-gara papan penunjuk arah gergasi yang diletakkan di lebuh raya tersebut tiba-tiba jatuh ke atas kereta yang sedang dipandunya. - Foto Astro AWANI
Papan penunjuk arah gergasi pada kebiasaannya diletakkan di lebuh raya sebagai salah satu cara memudahkan perjalanan mereka.
Namun lain pula yang berlaku di sebuah lebuh raya di Tullamore, Australia apabila nyata papan tanda itu membawa 'padah' kepada seorang wanita Nella Lettieri, 53.
Nyawa wanita malang itu hampir melayang gara-gara papan penunjuk arah gergasi yang diletakkan di lebuh raya tersebut tiba-tiba jatuh dan menghempap kereta yang sedang dipandunya.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.30 petang pada Selasa ketika beliau sedang memandu di laluan berkenaan.
“Ketika saya sedang memandu di sepanjang jalan tersebut, tiba-tiba saya rasa seakan kereta saya dihempap oleh benda yang sangat besar,” katanya ketka menceritakan pengalaman ngeri itu.
Bagaimanapun dia dikira sangat bernasib baik kerana walaupun keretanya itu remuk teruk akibat dihempap, dia hanya mengalami kecederaan ringan sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
“Jika ia telah jatuh, apa jaminan yang lain tidak akan jatuh? Jadi ketika anda memandu anda bukan sahaja perlu melihat apa yang ada di hadapan tetapi anda juga perlu juga perhatikan apa yang ada di atas,” sindir wanita itu.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Victoria Roads, Robyn Seymour susulan kejadian itu pihaknya kini melakukan pemeriksaan yang rapi terhadap semua papan penunjuk arah di lebuh raya tersebut.
Topic Berkaitan
#Australia
#cedera
#hempap
#Hospital
#jalan
#kemalangan
#kereta
#lebuh raya
#maut
#nasib
#ngeri
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan