awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan mayat nelayan tanpa kepala ditemui di perairan selatan Filipina

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2014
11:47 MYT
Lapan mayat nelayan tanpa kepala ditemui di perairan selatan Filipina
Gambar Fail
Lapan nelayan termasuk dua remaja lelaki ditembak sebelum kepala mereka dipenggal dalam satu serangan ganas di perairan selatan Filipina.
Menurut jurucakap polis Ariel Huesca, mangsa tersebut merupakan sekumpulan nelayan yang dikhuatiri hilang setelah serangan tersebut berlaku di Teluk Moro, Kepulauan Mindanao pada 26 Disember lalu.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah dimana bot tersebut ditemui, Senior Inspektor Joel Lozano, lima mayat tersebut ditemui tanpa kepala dan ditemui atas geladak bot yang hanyut di lautan oleh pasukan yang dalam gerakan mencari nelayan-nelayan itu.
“Apabila kami memeriksa dengan lebih lanjut pada bot tersebut sekitar pagi Sabtu, kami menjumpai beberapa lagi mayat tidak berkepala yang berada di lantai bawah bot tersebut dan kesemuanya adalah lapan mayat,” kata Lozano kepada pemberita.
Lozano menerangkan bahawa mayat-mayat yang ditemui termasuk dua remaja lelaki yang dipercayai berumur 12 dan 14 tahun itu telah mula reput dan mereka dipercayai telah dibunuh beberapa hari sebelumnya.
Seorang lagi nelayan masih hilang selepas serangan tersebut dan motif serangan masih tidak diketahui.
Perairan di selatan Filipina sememangnya terkenal dengan aktiviti lanun dimana ianya dipelopori oleh kumpulan bersenjata Islam.
Sehari selepas perayaan Hari Natal lalu, sembilan nelayan hilang apabila pekan Olutanga diserang.
Dua nelayan cedera dalam serangan tersebut telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Namun lapan hari selepas itu, sebuah bot yang dipenuhi dengan mayat tanpa kepala ditemui hanyut di kawasan teluk Manicahan di pedalaman Zamboanga, kira-kira 80 kilometer dari barat daya Olutanga.
11 nelayan tersebut adalah penduduk Sangali, sebuah perkampungan nelayan di Manicahan.
Topic Berkaitan
#mayat
#nelayan
#tanpa kepala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan