awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inisiatif 'Water Forward' Bank Dunia tangani krisis air global menjelang 2030
Inspektor rempuh anggota polis trafik diperintah jalani pemeriksaan mental
Malaysia-Australia sokong seruan Pope Leo untuk keamanan sejagat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan rakyat Malaysia masih di Kiev - PM

Nailah Huda
Nailah Huda
26/02/2022
05:07 MYT
Lapan rakyat Malaysia masih di Kiev - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Sabtu menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap konflik yang terus memuncak di Ukraine. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Ukraine masih sedang membawa keluar lapan rakat Malaysia serta dua tanggungan warga asing dari Kiev berikutan konflik yang semakin meruncing antara Ukraine dan Rusia.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Sabtu menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap konflik yang terus memuncak di Ukraine.
“Malaysia amat bimbang terhadap konflik yang semakin meruncing di Ukraine, dan mendesak sekeras-kerasnya supaya semua pihak berkaitan segera mengambil langkah-langkah untuk meredakan situasi dan mengelakkan korban nyawa serta kerosakan.
“Pada waktu yang kritikal ini, setiap usaha perlu digandakan untuk mencapai penyelesaian aman kepada konflik ini melalui dialog dan rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” tegas Ismail Sabri.
Sehubungan itu, Malaysia akan terus menyokong usaha-usaha berkenaan dalam mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa.
“Majlis Keselamatan PBB (UNSC) perlu menjalankan tanggungjawab dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia,” ujarnya.
Sejak Ukraine mula diserang pada Khamis, seramai lapan rakyat Malaysia masih berada di Kyiev sehingga kini, manakala 13 warganegara yang lain telah meninggalkan negara itu dalam minggu-minggu yang lepas.
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Rusia
#rakyat Malaysia
#Kiev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan