awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
Polis buka kertas siasatan kes kandungan media sosial cemar imej pasukan
KESUMA tiada masalah jika guna sistem baharu pengambilan pekerja asing Bestinet - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektor rempuh anggota polis trafik diperintah jalani pemeriksaan mental

Bernama
Bernama
16/04/2026
05:59 MYT
Inspektor rempuh anggota polis trafik diperintah jalani pemeriksaan mental
Tertuduh, Muhammad Kamal Raj Shanmugam Abdullah diarah menjalani pemeriksaan mental mengikut Seksyen 342 (1) Kanun Tatacara Jenayah. - Foto Bernama
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang terlibat dalam insiden merempuh anggota polis trafik dan beberapa kenderaan lain untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjong Rambutan, Perak.
Hakim Mazuliana Abdul Rashid memutuskan demikian selepas peguam G. Nanda Goban mewakili Muhammad Kamal Raj Shanmugam Abdullah, 41, memaklumkan anak guamnya menghidap skizofrenia.
“Arahan daripada keluarga tertuduh agar jangan mohon ikat jamin. Mengikut semakan, rekod cuti sakit terakhir anak guam pada Februari tahun ini dan sehingga tarikh itu, dia berada dalam keadaan terkawal kerana menjalani rawatan susulan dan mengambil ubat, namun telah berhenti selepas Februari.
“Sebelum kejadian ini, bapa tertuduh pernah membuat laporan polis agar lelaki itu dibawa ke hospital, tetapi gagal kerana dia melarikan diri. Mohon mahkamah memberikan perintah agar tertuduh boleh menjalani pemeriksaan mental mengikut Seksyen 342 (1) Kanun Tatacara Jenayah,” kata peguam itu.
Nanda berkata memandangkan anak guamnya mempunyai rekod kesihatan berkaitan mental, pemeriksaan itu diperlukan bagi memastikan Muhammad Kamal boleh menjawab pertuduhan di mahkamah.
Muhammad Kamal yang sebelum ini berkhidmat bersama Kontinjen Polis Kedah didakwa telah cuba membunuh dengan cara melanggar anggota polis trafik Konstabel Roslan Salleh, menggunakan kereta jenis Perodua Axia dan mengetahui perbuatan tersebut boleh mendatangkan kematian terhadap lelaki itu.
“Saya sakit sihir, saya tak ingatlah,” kata lelaki itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Sultan Yahya Petra, dekat sini pada 10.47 malam, 10 April lepas, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan sekiranya perbuatan itu menyebabkan kecederaan, hendaklah dihukum penjara yang boleh sampai 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin, selain memaklumkan tiada keadaan khas yang mewajarkan jaminan dalam kes itu.
“Mangsa merupakan seorang penjawat awam, iaitu anggota polis trafik yang telah dirempuh dan beliau mengalami kecederaan serius. Kes ini juga mendapat perhatian awam dan saya memohon agar tiada jaminan diberikan serta mahkamah menetapkan tarikh sebutan,” katanya.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, di hadapan Majistret Tg Syazwany Yasmyn Tuan Roslan, Muhammad Kamal didakwa atas satu pertuduhan memandu kenderaan sama secara melulu dan berbahaya terhadap seorang lelaki di Jalan Loke Yew, di sini, pada 4.10 petang, 13 April.
Pertuduhan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda boleh sampai RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan, jika disabitkan kesalahan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah mengeluarkan perintah yang sama agar Muhammad Kamal dihantar ke hospital untuk pemeriksaan mental.
“Arahan sama terpakai kepada enam lagi kes yang sepatutnya dihadapi tertuduh dan tiada jaminan diberikan,” kata Tg Syazwany yang menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Ditemui pemberita selepas prosiding, Nanda berkata anak guam dan keluarganya ingin memohon maaf kepada anggota polis yang cedera serta beberapa pemilik kenderaan yang terjejas dalam insiden rempuhan ini.
“Kami mendoakan agar anggota tersebut pulih sepenuhnya,” katanya.
Pada 14 April, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek dikesan menghidap skizofrenia dan kini sedang menjalani cuti perubatan khas, selain dalam proses untuk dibersarakan atas syor Lembaga Perubatan.
Dalam kejadian pada 10.47 malam, 10 April, anggota polis trafik itu dilaporkan mengalami kecederaan di tangan, belakang kepala dan rusuk selepas dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan suspek, ketika sedang mengawal lalu lintas di Jalan Sultan Yahya Petra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#inspektor polis
#rempuh
#polis trafik
#pemeriksaan mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan