awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan sekeluarga maut kejadian tembakan di Utah, AS

Faida Rahim
Faida Rahim
05/01/2023
14:32 MYT
Lapan sekeluarga maut kejadian tembakan di Utah, AS
Pihak berkuasa Enoch memaklumkan pihaknya diarahkan untuk ke rumah mangsa bagi melakukan pemeriksaan kebajikan selepas keluarga itu gagal dihubungi sejak sekian lama. - Gambar hiasan
SALT LAKE: Sebuah keluarga termasuk tiga orang dewasa dan lima kanak-kanak ditemui mati akibat ditembak, semalam.
Memetik CNN, kejadian berlaku di sebuah rumah di Enoch yang terletak di kawasan luar bandar barat daya Utah, Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa Enoch memaklumkan pihaknya diarahkan untuk ke rumah mangsa bagi melakukan pemeriksaan kebajikan selepas keluarga itu gagal dihubungi sejak sekian lama.
Tiba di lokasi, pihak berkuasa menemui lapan mayat di rumah tersebut.
Pengurus Enoch City, Rob Dotson, berkata masyarakat terkejut dengan berita kematian kesemua ahli keluarga yang terkenal di kawasan itu.
"Kami sedang bersedih ketika ini. Mereka berasa kehilangan, sakit dan banyak persoalan di dalam fikiran," katanya.
Tambahnya, pegawai bercadang mengeluarkan lebih banyak maklumat apabila sudah tersedia dan siasatan polis diteruskan.
Pemeriksaan kebajikan berdasarkan panggilan ke jabatan polis adalah perkara rutin apabila individu tertentu tidak dilihat untuk tempoh masa yang panjang.
Gabenor Utah, Spencer Cox mengucapkan takziah menerusi ciapannya semalam.
Topic Berkaitan
#Utah
#Kes Tembak
#Amerika Syarikat
#kanak-kanak maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan