awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan terbang Bali pasang pengimbas terma bagi kesan kes Super Flu

Bernama
Bernama
06/01/2026
11:24 MYT
Lapangan terbang Bali pasang pengimbas terma bagi kesan kes Super Flu
Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai merupakan antara pintu masuk antarabangsa yang popular di Indonesia dengan jumlah penumpang yang tinggi. - Gambar/ FB Ngurah Rai International Airport - Bali
BADUNG (Bali): Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali memasang pengimbas terma bagi menghalang penumpang yang disyaki dijangkiti Super Flu, juga dikenali sebagai influenza A H3N2 subklad K, daripada memasuki Indonesia, lapor agensi berita ANTARA.

Ringkasan AI
  • Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali memasang pengimbas terma untuk menghalang penumpang yang disyaki dijangkiti Super Flu daripada memasuki Indonesia.
  • Pengurus Besar lapangan terbang itu menyatakan pengimbas terma dipasang berdasarkan persamaan corak gejala, membolehkan penumpang mengalami demam diasingkan untuk rawatan lanjut.
  • Tiada kes Super Flu dilaporkan di lapangan terbang tersebut, namun langkah pencegahan seperti pemeriksaan suhu badan terus dilaksanakan untuk keselamatan penumpang.

Pengurus Besar lapangan terbang itu, Nugroho Jati, pada Isnin berkata pengimbas terma yang digunakan adalah peralatan sama yang dipasang semasa pandemik COVID-19.
Penggunaan semula peralatan itu adalah berdasarkan persamaan corak gejala, yang membolehkan pihak berkuasa lapangan terbang segera mengasingkan penumpang yang mengalami demam untuk rawatan lanjut.
"Memandangkan Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai merupakan pintu masuk antarabangsa dengan jumlah penumpang yang tinggi, saya percaya gejala yang telah kami kaji dan peroleh adalah lebih kurang sama seperti gejala selesema, justeru pengesanan lebih jelas apabila suhu badan tinggi," kata Jati.
Beliau mengesahkan kira-kira 25 unit pengimbas berfungsi dengan baik di laluan utama ketibaan dan pelepasan bagi penerbangan antarabangsa serta domestik.
"Semua dipasang, semuanya beroperasi dengan baik dan Kementerian Kesihatan akan memberikan maklumat lanjut berhubung perkembangan serta langkah susulan," katanya.
Setakat ini, tiada kes Super Flu dikesan dalam kalangan penumpang di lapangan terbang tersebut, yang melayani purata 66,000 penumpang setiap hari.
Bagaimanapun, Jati memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus melaksanakan langkah pencegahan, termasuk pemeriksaan suhu badan ke atas semua penumpang, serta menempatkan kakitangan dan petugas perubatan dalam keadaan siap siaga jika diperlukan.
"Buat masa ini, kami sedang berkerjasama dengan Agensi Kuarantin Indonesia dan Pejabat Kesihatan Pelabuhan Indonesia. Status semasa masih rendah dan kami perlu kekal berwaspada. Tiada protokol khas dilaksanakan setakat ini," katanya.
Data Kementerian Kesihatan menunjukkan, sehingga akhir Disember 2025, sebanyak 62 kes Super Flu direkodkan di lapan wilayah, dengan jumlah tertinggi di Jawa Timur, Kalimantan Selatan dan Jawa Barat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bali
#Indonesia
#Super Flu
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan