Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Februari 2026.
Kerajaan tidak pernah menentang aktiviti penternakan babi, namun operasi sedemikian tidak wajar diteruskan jika dijalankan di kawasan yang menimbulkan kegelisahan penduduk setempat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 52 tahun bagi membantu siasatan kes mendatangkan cedera dan ugutan jenayah terhadap seorang pesara dalam insiden berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex, Batu 9 Cheras, pada Ahad.
Mulai hari ini, kerajaan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua, melibatkan peruntukan RM2.2 bilion kepada lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Kerajaan tidak akan memberi keizinan terhadap mana-mana pembinaan rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dilancarkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru.
Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan kes hasutan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
7. Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
7. Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap kementerian dan agensi mempertingkat serta mempercepatkan pelaksanaan keputusan yang dipersetujui bagi memastikan agenda digital dan kecerdasan buatan (AI) negara digerakkan dengan lebih pantas, tersusun dan berkesan.
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low mengambil langkah bagi memastikan cek yang dikeluarkan daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak di AmBank tidak dipulangkan kerana dana tidak mencukupi.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan seorang pendakwah bebas dan seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pendidikan serta pusat dakwah di Kedah, bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


