awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan terbang Kabul penting untuk penghantaran bantuan - PBB

Bernama
Bernama
26/08/2021
07:36 MYT
Lapangan terbang Kabul penting untuk penghantaran bantuan - PBB
Ketua jurucakap PBB Stephane Dujarric memberitahu, lapangan terbang Kabul harus terus dibuka untuk komoditi dan petugas keluar masuk. - Donald R. Allen/Handout via REUTERS
CHICAGO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menyatakan terdapat "keperluan kritikal dan mustahak" untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai Kabul kekal berfungsi sepenuhnya untuk penyaluran bantuan selepas pengunduran Amerika Syarikat.
Menurut agensi Anadolu, ketua jurucakap PBB Stephane Dujarric memberitahu wartawan, lapangan terbang itu harus terus dibuka untuk komoditi dan petugas keluar masuk.
"Kita memang boleh membawa beberapa barangan melalui operasi rentas sempadan. Tetapi konvoi trak dalam keadaan seperti ini memerlukan kos yang tinggi dan tempoh lebih lama untuk sampai ke destinasi," katanya.
Beberapa hari selepas Taliban mengambil alih negara itu awal bulan ini dan menguasai kawasan lapangan terbang, PBB mengumumkan komitmennya untuk terus "tinggal dan menyampaikan bantuan kepada berjuta-juta orang yang memerlukan di negara ini."
"Walaupun keadaannya sangat rumit agensi kemanusiaan komited untuk menyokong penduduk terjejas di Afghanistan yang sangat memerlukan kita," menurut PBB dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Kabul
#PBB
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan