awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine

Agensi
Agensi
05/01/2026
00:30 MYT
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Sebuah pesawat penumpang Aeroflot sedang melakuka pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, berhampiran Moscow, Rusia. - Gambar fail Reuters
MOSCOW: Tiga daripada empat lapangan terbang utama di Moscow ditutup sementara pada Ahad (4 Jan) susulan serangan dron yang dilancarkan Ukraine ke arah ibu negara Rusia, menurut pihak berkuasa.
Serangan itu menyebabkan beberapa penerbangan tertangguh, termasuk di Lapangan Terbang Vnukovo yang merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di Moscow, lapor media tempatan.
Ukraine, yang sebelum ini turut berdepan serangan dron Rusia sepanjang hampir empat tahun konflik, belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden terbaharu ini.
Jurucakap pengawal selia penerbangan Rusia, Rosaviatsia, memaklumkan penutupan dilakukan antara jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang waktu GMT.
“Langkah ini perlu bagi memastikan keselamatan penerbangan,” kata Artem Korenyako menerusi Telegram.
Ketiga-tiga lapangan terbang berkenaan – Vnukovo, Domodedovo dan Zhukovsky – dibuka semula kurang sejam kemudian, menurut kenyataan susulan.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin memaklumkan, sistem pertahanan udara Rusia berjaya menembak jatuh sekurang-kurangnya 27 dron yang menuju ke ibu negara pada Ahad.
Sejak melancarkan serangan berskala penuh ke atas Ukraine pada 2022, Rusia kerap menutup ruang udara sebagai langkah balas terhadap serangan dron.
Sementara itu, Gabenor wilayah Belgorod yang bersempadan dengan Ukraine memaklumkan, satu serangan dron Ukraine ke atas sebuah kereta yang membawa sekeluarga pada Ahad mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan dua yang lain termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#serangan dron
#lapangan terbang moscow
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan