awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yuran lesen H.264 dilapor melonjak, platform penstriman berdepan kos jutaan dolar
Konflik Asia Barat: Serangan AS–Israel ragut 13 nyawa di Baharestan, Iran
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman

Bernama
Bernama
07/01/2026
22:50 MYT
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Presiden BSH Helge Heegewaldt menggesa lebih banyak langkah perlindungan iklim bagi membantu melindungi kawasan pantai dan komuniti setempat. - Gambar hiasan/REUTERS
BERLIN: Laut Utara mencatatkan suhu tahunan paling panas dalam rekod pada 2025, menurut agensi maritim dan hidrografi persekutuan Jerman (BSH) pada Rabu, lapor Xinhua.
"Pada 2025, Laut Utara mencapai suhu purata 11.6 darjah Celsius, nilai tertinggi dalam siri data BSH sejak 1969," kata Tim Kruschke, ketua pasukan iklim BSH, dalam satu kenyataan.
"Ia adalah 0.9 darjah Celsius lebih tinggi berbanding purata jangka panjang 1997-2021," katanya. "Semua bulan mencatatkan suhu jauh melebihi purata, dengan Jun dan Disember mencipta rekod."
Laut Baltik juga mencatatkan suhu yang luar biasa tinggi pada 2025, menurut BSH. Suhu purata permukaan tahunan mencecah 9.7 darjah Celsius, meningkat 1.1 darjah Celsius berbanding purata jangka panjang 1997-2021, menjadikan 2025 sebagai tahun kedua paling panas bagi Laut Baltik dalam siri data agensi itu sejak 1990.
"Walaupun dunia menghentikan pelepasan gas rumah hijau serta-merta, paras laut berkemungkinan akan terus meningkat selama berabad-abad," kata Presiden BSH Helge Heegewaldt, sambil menggesa lebih banyak langkah perlindungan iklim bagi membantu melindungi kawasan pantai dan komuniti setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Laut Utara
#paling panas
#suhu tinggi
#Laut Baltik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan