awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Le Pen didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana Parlimen EU

Bernama
Bernama
31/03/2025
12:15 MYT
Le Pen didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana Parlimen EU
Hukuman ke atas Le Pen masih belum dijatuhkan dan kesannya terhadap karier politik beliau masih belum dapat dipastikan. - Reuters
PARIS: Mahkamah jenayah di Paris pada Isnin mendapati ahli politik nasionalis sayap kanan Perancis, Marine Le Pen bersalah dalam kes penyelewengan dana, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Bagaimanapun, hukuman masih belum dijatuhkan dan kesannya terhadap karier politik beliau masih belum dapat dipastikan.
Pihak pendakwaan menuntut hukuman penjara dan denda serta mencadangkan larangan selama lima tahun ke atas Le Pen daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya.
Tuduhan utama berkaitan dakwaan bahawa parti pimpinannya, National Rally, menerima dana daripada Parlimen Eropah bagi menggaji pembantu parlimen yang sebenarnya turut bekerja untuk parti itu.
Kes terbabit dilihat sebagai satu tamparan hebat terhadap usaha Le Pen untuk memperbaiki imej partinya.
Secara keseluruhan, seramai 28 individu dituduh dalam kes ini, yang melibatkan jumlah dana hampir EUR7 juta (AS$7.3 juta).
Tuduhan itu yang meliputi tempoh antara 2004 hingga 2016, membayangi Le Pen dan partinya selama bertahun-tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Marine Le Pen
#seleweng dana
#Parlimen
#Kesatuan Eropah
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan