awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 100 orang ditahan berhubung kes keracunan pelajar sekolah

Bernama
Bernama
12/03/2023
04:20 MYT
Lebih 100 orang ditahan berhubung kes keracunan pelajar sekolah
Beberapa tahanan dikatakan menggunakan bahan beracun sebagai perbuatan "nakal" untuk ponteng. - Gambar hiasan
TEHRAN: Kementerian Dalam Negeri Iran pada Sabtu mengumumkan bahawa lebih 100 orang ditahan di 11 wilayah berhubung insiden keracunan membabitkan pelajar sekolah baru-baru ini.
Menurut kenyataan kementerian yang disiarkan di laman sesawangnya, beberapa tahanan dikatakan menggunakan bahan beracun sebagai perbuatan "nakal" untuk ponteng dan pihak berkuasa telah memberi amaran kepada mereka, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan itu beberapa lagi tahanan lain pula didapati cuba menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai dan pelajar.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
Lebih 700 pelajar di lebih 30 sekolah di seluruh Iran menjadi mangsa kes keracunan misteri sejak 30 Nov 2022 selepas kes pertama dilaporkan di wilayah Qom.
Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei pada Isnin menggesa penguatkuasa undang-undang untuk menahan dalang di sebalik insiden itu dan berikrar untuk memberikan hukuman maksimum kepada pelaku.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa hasil siasatan mendapati penggunaan "bahan perangsang" tertentu dalam kalangan pelajar membawa kepada gejala keracunan di beberapa sekolah sejak beberapa minggu lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keracunan pelajar
#pelajar sekolah
#Tahanan
#ponteng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan