awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Serkap: JIM tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen pekerja asing, kaut untung RM100 juta
Persiapan haji 1447H/2026M lancar, keselamatan jemaah terjamin
Keputusan kes saman syarikat barang kemas Lubnan terhadap Rosmah 10 Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,000 kanak-kanak Palestin di Gaza terpaksa diamputasi - UNICEF

Bernama
Bernama
15/01/2024
10:18 MYT
Lebih 1,000 kanak-kanak Palestin di Gaza terpaksa diamputasi - UNICEF
Menurut UNICEF, bantuan kemanusiaan adalah terlalu sedikit dan agak sukar untuk menyediakan perkhidmatan bantuan. - AP
TEHRAN: Lebih 1,000 kanak-kanak Palestin di Gaza terpaksa diamputasi selepas mengalami kecederaan parah akibat serangan tentera rejim Zionis di Semenanjung Gaza dalam tempoh 100 hari lepas, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Isnin.
Jurucakapnya James Elder berkata bantuan kemanusiaan adalah terlalu sedikit dan agak sukar untuk menyediakan perkhidmatan bantuan dan ada pesakit yang meninggal dunia kerana kekurangan ubat, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
"Risiko yang tidak boleh diterima ini berlaku pada ketika sistem makanan dan kesihatan di Semenanjung Gaza sedang di ambang keruntuhan.
"Lebih 80 peratus kanak-kanak mengalami kemiskinan makanan yang teruk dan lebih dua pertiga hospital tidak lagi berfungsi kerana kekurangan bahan api, air dan bekalan perubatan penting atau kerana mereka mengalami kerosakan teruk dalam serangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#Kanak-kanak
#amputasi
#UNICEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan