awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai dua hari selepas tentera Israel tinggalkan kem Jabalia

Bernama
Bernama
02/06/2024
14:27 MYT
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai dua hari selepas tentera Israel tinggalkan kem Jabalia
Sebahagian besar Gaza dalam keadaan musnah di tengah-tengah sekatan Israel yang menghalang bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan. - Gambar fail/AP/Jehad Alshrafi
BANDARAYA GAZA: Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sumber perubatan di Hospital Kamal Adwan memberitahu Anadolu bahawa kru kecemasan dan pasukan pertahanan awam telah menjumpai lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin dari jalan-jalan yang musnah dan di bawah runtuhan bangunan di Kem Jabalia, dengan kerja-kerja membersihkan sampah dan runtuhan masih diteruskan.
Pada Jumaat, tentera Israel mengisytiharkan tamatnya serangan mereka di kawasan Jabalia selepas 20 hari.
Di tengah-tengah dakwaan bahawa Tel Aviv menyembunyikan angka korban yang tepat, serangan itu juga telah meragut nyawa 10 askar Israel.
Hampir 36,400 rakyat Palestin maut di Gaza sejak Israel memulakan serangan hampir lapan bulan lepas. Majoriti yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak, dengan lebih daripada 82,400 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Sebahagian besar Gaza dalam keadaan musnah di tengah-tengah sekatan Israel yang menghalang bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.
Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dan keputusan terbaharunya mengarahkan Tel Aviv untuk segera menghentikan operasi di Rafah, di mana lebih daripada satu juta rakyat Palestin mencari perlindungan daripada serangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kem Jabalia
#Kanak-kanak
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#sekatan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan