awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 2,000 ibu sertai progam menyusu anak secara beramai-ramai

Agensi
Agensi
18/08/2019
11:40 MYT
Lebih 2,000 ibu sertai progam menyusu anak secara beramai-ramai
Lebih 2,000 ibu sertai program menyusu anak secara beramai-ramai di Manila, Filipina pada Ahad. Foto: AP
LEBIH 2,000 ibu sertai program menyusu anak secara beramai-ramai di Manila, Filipina pada Ahad.
Program yang diberi nama "Hakab Na" merupakan program penyusuan ibu yang terbesar diadakan di negara itu.
Memetik laporan AP, program tersebut bertujuan untuk mewujudkan kesedaran betapa pentingnya penyusuan oleh seorang ibu kepada anak sempena Minggu Penyusuan Ibu.
Menurut Penganjur Hakab Na, Normi Alvaira-Herrera, program tersebut akan diadakan pada setiap bulan Ogos bagi mengajak ibu-ibu di negara itu menyusukan anak mereka.
"Penyusuan ibu adalah salah satu anugerah dari Tuhan yang memberi banyak manfaat kepada anak-anak.
"Tema program tahun ini adalah untuk memperkasakan ibu bapa. Dengan cara ini, ibu bapa dapat mengetahui dan mempelajari cabaran-cabaran dan manfaat penyusuan ibu kepada anak-anak mereka," katanya.
Memetik laporan AP, program tersebut bertujuan untuk mewujudkan kesedaran betapa pentingnya penyusuan oleh seorang ibu kepada anak sempena Minggu Penyusuan Ibu. Foto: AP
Memetik laporan AP, program tersebut bertujuan untuk mewujudkan kesedaran betapa pentingnya penyusuan oleh seorang ibu kepada anak sempena Minggu Penyusuan Ibu. Foto: AP
Ibu-ibu yang hadir pada program tersebut menyusukan anak mereka secara serentak dan beramai-ramai selama satu minit.
Menurut Ketua Kesihatan dan Pemakanan UNICEF, Dr. Wigdan Madani, data pada 2018 menunjukkan hanya 29 peratus anak-anak yang mendapat susu ibu sehingga berusia enam bulan selepas dilahirkan.
"Kami berharap agar ibu-ibu di seluruh dunia menyedari akan kebaikan penyusuan ibu, antaranya adalah ia dapat mengurangkan kematian dan kadar jangkitan buat kanak-kanak di bawah lima tahun," jelasnya.
Ibu-ibu yang hadir pada program tersebut menyusukan anak mereka secara serentak dan beramai-ramai selama satu minit. Foto: AP
Ibu-ibu yang hadir pada program tersebut menyusukan anak mereka secara serentak dan beramai-ramai selama satu minit. Foto: AP
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan bayi perlu diberi susu ibu sahaja selama enam bulan pertama selepas dilahirkan.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Hakab Na
#Manila
#Minggu Penyusuan Ibu
#Normi Alvaira-Herrera
#susu ibu
#UNICEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan