awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 250 maut akibat hujan lebat, banjir kilat di Pakistan

Bernama
Bernama
16/08/2025
11:30 MYT
Lebih 250 maut akibat hujan lebat, banjir kilat di Pakistan
Kebanyakan mangsa yang maut adalah dari wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa dengan pihak berkuasa mengesahkan 224 kematian. - Gambar fail/ Reuters
ISTANBUL: Banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan lebat mengorbankan lebih 250 nyawa di Pakistan pada Sabtu, lapor penyiar tempatan Geo, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan lebat di Pakistan mengorbankan lebih 250 nyawa, dengan wilayah Khyber Pakhtunkhwa mencatatkan 224 kematian.
  • Sebuah helikopter bantuan terhempas di Khyber Pakhtunkhwa, mengorbankan lima kru termasuk dua juruterbang, manakala komunikasi terputus di beberapa kawasan terjejas.
  • Pihak berkuasa memberi amaran mengenai fasa hujan monsun baharu sehingga 10 September serta risiko pencairan glasier yang meningkatkan aliran sungai.

Kebanyakan mangsa yang maut adalah dari wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa dengan pihak berkuasa mengesahkan 224 kematian.
Kematian turut dilaporkan di wilayah Gilgit-Baltistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan, juga dikenali sebagai Azad Jammu dan Kashmir.
Sekolah-sekolah di Azad Jammu dan Kashmir ditutup pada Sabtu berikutan risiko yang berterusan ketika hujan lebat terus melanda wilayah itu.
Puluhan rumah rosak di kawasan terjejas, manakala komunikasi di beberapa lokasi terputus akibat kerosakan menara telekomunikasi.
Sebuah helikopter yang membawa bekalan bantuan terhempas pada Jumaat, mengorbankan lima kru termasuk dua juruterbang, di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Jurucakap pasukan penyelamat wilayah, Bilal Ahmed Faizi, sebelum ini memberitahu Anadolu melalui telefon bahawa hujan lebat dan hujan badai telah menyebabkan banjir besar di Khyber Pakhtunkhwa.
Pasukan penyelamat memaklumkan hujan lebat dan hujan badai pada pagi Jumaat telah menyebabkan banjir besar di kawasan Salarzai, daerah Bajaur, yang mengakibatkan beberapa rumah dihanyutkan.
Pihak berkuasa tempatan telah memindahkan ramai penduduk ke kawasan lebih selamat susulan hujan dan tanah runtuh di Khyber Pakhtunkhwa serta wilayah Gilgit-Baltistan.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara telah memberi amaran mengenai satu lagi fasa hujan monsun bermula Jumaat hingga 10 Sept.
Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa kenaikan suhu mempercepatkan pencairan salji dan glasier di kawasan tanah tinggi, sekali gus meningkatkan aliran air sungai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#banjir besar
#Azad Jammu dan Kashmir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan