awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 260 ditahan di Iran semasa ulang tahun pertama kematian Mahsa Amini

Bernama
Bernama
18/09/2023
06:26 MYT
Lebih 260 ditahan di Iran semasa ulang tahun pertama kematian Mahsa Amini
Tangkapan itu dibuat dalam tempoh 24 jam, dalam siri beberapa protes terbesar dalam sejarah Iran. - Foto/Reuters
TEHRAN: Pihak berkuasa keselamatan Iran menahan lebih 260 orang ketika sambutan ulang tahun pertama kematian Jina Mahsa Amini pada Sabtu, menurut media tempatan.
Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran keras bagi mengelak protes baharu.
Tangkapan itu dibuat dalam tempoh 24 jam, dalam siri beberapa protes terbesar dalam sejarah Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan akhbar Shargh pada Ahad.
Pihak berkuasa keselamatan berkata penahanan itu dibuat kerana mereka menlanggar keselamatan awam, menghasut untuk melakukan protes dan memiliki senjata.
Kematian Amini, 22, wanita Kurdish Iran, yang ditahan polis kerana didakwa melanggar kod pakaian mandatori. Kematiannya mencetuskan gelombang protes ganas di seluruh Iran pada akhir 2022.
Menjelang ulang tahun pertama itu, tentera Iran telah mengambil langkah keselamatan yang ketat untuk menghalang gelombang perarakan baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pihak berkuasa Iran
#ulang tahun kematian
#Jina Mahsa Amini
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan